MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Pulau Pinang

Promo Ad 1

Taman Negara Pulau Pinang

Di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang terletaknya Taman Negara Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. Walaupun sesetengah kawasan telah di balak sehingga tahun 1970 an tetapi sebahagian besar masih lagi terpelihara.

Sebagai Taman Negara metropolitan, ia berpotensi untuk disenaraikan sebagai warisan dunia. Banyak spesies flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar.

Laluan dan kemudahan yang dirancang dengan baik akan memperkukuhkan lagi potensi taman ini sebagai destinasi eko-pelancongan. Di sini tidak ada jalan hanya rentis, laluan berkayu, dan laluan untuk berjalan kaki.

Taman Negara Pulau Pinang memberikan mesej tentang pembangunan lestari. Rumah api Muka Head masih lagi dijadikan panduan untuk kapal-kapal berlabuh, dalam kata lain Taman Negara Pulau Pinang adalah harapan terhadap warisan semulajadi.