MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Pulau Pinang

Pulau Pinang juara PPBN Bawah 13 tahun

"Kami bermain demi maruah Pulau Pinang". Itulah kata-kata yang disemat dalam hati dan sanubari setiap pemain Sekolah Menengah Kebangsa Mutiara impian (SMKMI) selepas berjaya menjulang Liga Program Pembangunan Bola Sepak Negara edisi 2015, baru-baru ini.

SMKMI yang merupakan Sekolah Sukan Negeri Pulau Pinang merangkul kejuaraan pertama itu bagi kategori bawah 13 tahun.
 
Kejohanan itu adalah siri pertandingan yang berlangsung sejak awal tahun ini mengikut format sirkit apabila sebanyak 14 pasukan negeri telah menyertai saingan kali ini.
 
Menurut jurulatih SMKMI, Faqhri Sobri berkata, kejayaan pasukannya itu disebabkan faktor setiap pemain yang begitu teruja dan bersungguh-sungguh ketika latihan bagi merebut tempat untuk bermain dalam kesebelasan utama.
 
"Persaingan sihat ini ini sememangnya menaikkan moral setiap pemain dan menjadi pendorong kejayaan pasukan.
 
"Saya bersyukur dengan kejayaan ini dan berharap pemain lebih fokus dalam latihan bagi mempertahankan kejuaraan pada tahun depan," katanya kepada MalaysiaGazette.
 
Sementara itu, penjaring terbanyak Pulau Pinang bagi kejohanan kali ini, Aiman Haiqal Azman, 13, berkata, dia dan rakan-rakan sentiasa sentiasa komited sama ada dalam latihan atau perlawanan sepanjang kejohanan itu berlangsung.
 
"Kami perlu berdisiplin, memberi komitmen 100 peratus dan patuh dengan arahan jurulatih demi mencapai kejayaan ini," katanya.
 
- malaysiagazette