MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Pulau Pinang

Warga emas nyaris maut MPV terbakar

Georgetown: Kebakaran sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Peugeot menyebabkan kesesakan teruk hampir sejam di Kilometer 0.5, Jambatan Pulau Pinang (arah pulau ke seberang), semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, MPV berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 60 tahun terbakar secara tiba-tiba namun pemandunya bernasib baik kerana sempat keluar menyelamatkan diri.

Difahamkan, MPV berkenaan milik sebuah syarikat dan lelaki terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur kerana urusan kerja.

 

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.40 pagi dan tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian dengan kekuatan 12 anggota.

Menurutnya, operasi memadam api itu dilakukan sepenuhnya jam 11.17 pagi dengan bantuan pasukan bomba sukarela (PBS).

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan pemandunya seorang lelaki berjaya keluar menyelamatkan diri sejurus MPV terbabit terbakar.

“Setakat ini, punca kebakaran masih belum dikenal pasti, namun kita tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada sistem elektronik atau enjin,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro