MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Pulau Pinang

Suspek samun kakak ipar Guan Eng dicekup

GAMBAR hiasan

 

 

 

 

 

 

 

POLIS menahan lelaki yang juga suspek kes samun kakak ipar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam serbuan di rumah sewa di Relau, Georgetown, Isnin lalu.

Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori dan berusia 23 tahun itu ditahan selepas polis melakukan risikan dan menerima maklumat awam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, hasil siasatan mendapati suspek dipercayai terbabit dalam kes samun berkenaan selepas proses pengecaman dilakukan mangsa.

 

Dalam kejadian 8.15 malam 7 Ogos lalu, suspek yang bertopi keledar dipercayai menggunakan spanar memecahkan cermin bahagian penumpang kereta mangsa sebelum melarikan beg miliknya.

Ketika itu, mangsa yang berusia 51 tahun dan bekerja sebagai doktor pakar di hospital swasta baru tiba di rumah dan membuka pintu pagar automatik.

Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kerugian hampir RM2,000 apabila wang tunai, telefon bimbit dan pelabagai dokumen peribadinya dilarikan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro