MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Pulau Pinang

Guan Eng yakin Pakatan boleh menang PRU14

Walaupun bimbang dengan kerjasama di kalangan 4 parti komponen Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng tetap optimistik mereka dapat memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Setiausaha agung DAP itu berkata, PH akan menyelesaikan apa sahaja isu yang dihadapi mereka dan bersedia untuk menghadapi PRU14.

“Jika anda lihat kembali pada 2008, kami lagi kurang bersedia, tetapi kami dapat memenangi 5 negeri dan menafikan dua pertiga majoriti (Barisan Nasional) buat pertama kalinya.

“Saya tetap optimis kerana saya rasa kami tidak melihat tsunami pada 2008, tetapi kami melihat tsunami Malaysia,” katanya pada majlis menandatangani buku komik mengenai kisah hidupnya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kebimbangan PH masih tidak dapat bekerjasama sepenuhnya bagi menghadapi PRU14.

Mengulas lanjut, ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, masalah utama yang dihadapi negara sekarang ialah ekonomi, oleh itu kerajaan BN perlu menangani isu berkenaan.

“Ekonomi kini tidak baik, ekonomi buruk. Mana-mana negara di dunia apabila ekonomi tidak baik, parti pemerintah menghadapi masalah.”

Katanya, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, negara berkembang makmur tanpa perlu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu memansuhkan GST.

Pada masa sama, beliau memberi contoh Perdana Menteri Britain, Theresa May yang kalah pada pilihan raya umum negara itu kerana tidak menumpukan perhatian isu penting, iaitu ekonomi.

- freemalaysiatoday