MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Pulau Pinang

Ahmad Bashah pengerusi mesyuarat di ICU

Mesyuarat Exco Kedah akhirnya selamat dijalankan di Bilik Mesyuarat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.

Ia berikutan keadaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang kini masih dirawat di unit berkenaan sejak 6 Jun lalu.

Ahmad Bashah yang kelihatan tenang dan stabil mempengerusikan mesyuarat bermula jam 11 pagi.

Kira-kira sembilan exco kelihatan tiba di ICU dari jam 10 pagi lagi.

Mereka antaranya, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, Datuk Suraya Yaacob, Datuk Tajul Urus Mat Zain, Datuk Badrul Hisham Hashim, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah, Datuk Norsabrina Mohd Noor, Datuk Aminuddin Omar dan Datuk Dr Leong Yong Kong serta Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Bakar Din.

Ahmad Bashah yang kelihatan berjambang hanya tersenyum dan melambai pada media.

Beliau yang juga memakai pakaian formal tidak membuat sebarang ulasan ketika jurugambar sibuk merakamkan gambarnya ketika mesyuarat baru bermula.

Ahmad Bashah sebelum ini dipindahkan ke HPP dari Kedah Medical Centre (KMC).

Ia bagi membolehkan beliau mendapat rawatan susulan berhubung komplikasi usus yang dialaminya.

Perkara itu turut dilakukan bagi membolehkan Ahmad Bashah menerima proses pemantauan berterusan daripada pakar.

 

Sumber:Sinar harian