MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Pulau Pinang

Latest News for State Pulau Pinang in "General"

Suspek samun kakak ipar Guan Eng dicekup

POLIS menahan lelaki yang juga suspek kes samun kakak ipar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam serbuan di rumah sewa di Relau, Georgetown, Isnin lalu.

Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori dan berusia 23 tahun itu ditahan selepas polis melakukan risikan dan menerima maklumat awam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, hasil siasatan mendapati suspek dipercayai terbabit dalam kes samun berkenaan selepas proses pengecaman dilakukan mangsa.

Warga emas nyaris maut MPV terbakar

Georgetown: Kebakaran sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Peugeot menyebabkan kesesakan teruk hampir sejam di Kilometer 0.5, Jambatan Pulau Pinang (arah pulau ke seberang), semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, MPV berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 60 tahun terbakar secara tiba-tiba namun pemandunya bernasib baik kerana sempat keluar menyelamatkan diri.

Difahamkan, MPV berkenaan milik sebuah syarikat dan lelaki terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur kerana urusan kerja.

 

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.40 pagi dan tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian dengan kekuatan 12 anggota.

CEO Zakat didakwa terima jam tangan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan seorang pegawai kanan Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas beberapa pertuduhan rasuah antara 2010 hingga 2015.

 

Guan Eng yakin Pakatan boleh menang PRU14

Walaupun bimbang dengan kerjasama di kalangan 4 parti komponen Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng tetap optimistik mereka dapat memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

 

Kerajaan DAP bina hospital patuh syariah pertama di Pulau Pinang

Kerajaan DAP akan membina Hospital Islam Pulau Pinang berkonsepkan patuh syariah yang pertama di negeri ini.

 

Police book 15 Pokemon Go players for obstruction

The roads of Georgetown in Penang are narrow, and the last thing the locals need is indiscriminate parkers that block traffic. But some Pokemon Go players are inconsiderate, thinking of nothing but to catch them all.

 

Dakwaan tahanan wanita mati, diseksa di kem imigresen Juru

Kerajaan Kemboja mengarahkan kedutaannya di Kuala Lumpur menyiasat keadaan rakyatnya yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen di Juru, Pulau Pinang, susulan dakwaan tahanan di pusat itu diseksa dan dipukul oleh warden, malah ada yang mati, lapor akhbar Cambodia Daily.

 

Ahmad Bashah pengerusi mesyuarat di ICU

Mesyuarat Exco Kedah akhirnya selamat dijalankan di Bilik Mesyuarat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.

Doktor nasihat Bashah supaya tidak terlalu aktif

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah masih diminta untuk banyakkan berehat walaupun hari ini beliau mempengerusikan mesyuarat exco.

Ramadan di kaki lima

Tidak semua orang bernasib baik dan mendapat kasih sayang keluarga serta tempat tinggal yang begitu selesa.