MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Pulau Pinang

Latest News for Pulau Pinang in "General"

Onar orang luar

Georgetown: “Saya syak bayi itu dibuang orang luar yang datang ke flat berkenaan melalui laluan parkir motosikal,” kata pengawal keselamatan mengenai penemuan bayi lelaki baru dilahirkan di tepi tangga Blok 98, Taman Pelangi Indah, Jalan Perak, Jelutong, di sini, pagi semalam.

Tan Thean Hock, 39, berkata, bayi itu ditemui jam 7.30 pagi di tepi tangga di tingkat lima dengan berbalut tuala putih dan masih bertali pusat.

Menurutnya, bayi berkenaan ditemui seorang lelaki yang tinggal di tingkat lapan flat berkenaan ketika bersenam selain sering melalui tangga untuk turun.

Tiga beradik yatim piatu sekelip mata

Bukit Mertajam: Tiga beradik menjadi yatim piatu dan hilang tempat bergantung sekelip mata selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat demam denggi minggu lalu.

Nur Hidayah Azlan, 23, berkata ayahnya Azlan Mat Din, 50, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) selama empat hari sebelum meninggal dunia pada 16 Januari.

Anak sulung tiga beradik itu berkata, ibunya Normah Amirudin, 46, meninggal dunia sehari kemudian di hospital yang sama.

Katanya adik bongsu Muhammad Firdaus Azlan, 14, turut dirawat di HPP kerana demam denggi selama lebih seminggu dan dibenarkan pulang Jumaat lalu.

'Sumbangan' palsu

Georgetown: Penantian selama dua jam seorang warga emas berusia 72 tahun di hadapan pintu masuk Gedung Pakaian Kamdar di Jalan Burma, di sini bagi mendapatkan sumbangan pakaian sekolah berakhir dengan kekecewaan selepas mesej yang diterimanya itu palsu.

Wanita berkenaan, Endon Abdul Majib yang tinggal di sini berkata, dia menerima mesej berkenaan Selasa lalu dan sangat gembira ke Kamdar bagi mendapatkan pakaian sekolah untuk cucunya.

Lapan rumah musnah terbakar

Balik Pulau: Lapan rumah termasuk dua kedai runcit serta sebuah kedai kopi musnah dalam kebakaran di Gertak Sanggul, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 6 petang itu, dua lagi rumah di situ mengalami kerosakan akibat terkena percikan api.

Jurucakap Bomba Batu Kawan berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.02 petang.

"Sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati api sedang marak memusnahkan lapan deret rumah kampung di situ, namun api dikawal daripada merebak ke rumah yang lain.

Pendapatan pengemis RM1,000 sehari

Georgetown: Pengemis yang kelihatan daif menagih simpati orang ramai memperoleh pendapatan jauh lebih lumayan daripada orang yang menghulurkan bantuan iaitu sehingga RM1,000 sehari.

Didakwa kendali harta pengganas

Balik Pulau: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, kerana pertuduhan mengendalikan harta pengganas sejak tahun lalu.

Ditahan geledah kereta orang mabuk

Georgetown: Dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun ditahan polis selepas menggeledah kereta milik lelaki yang sedang tidur di dalam kereta itu akibat mabuk di Jalan Lebuh Pantai di sini semalam.

Mat salih toreh getah

Bukit Mertajam: Inap desa di Kampung Mengkuang Titi sememangnya tidak asing dalam kalangan pelancong domestik dan asing, malah ia makin dikenali dan dianggap sebagai destinasi pilihan selepas memenangi pelbagai anugerah sama ada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.

Ajal dua beradik direnjat elektrik

Butterworth: Dua beradik lelaki maut direnjat elektrik di kilang kitar semula di Jalan Bagan Lalang, Butterworth, 9.15 malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa Koi Kok Leng, 35, dan Koi Ang Leng, 37, dikatakan sedang memeriksa kawasan di situ yang didakwa terdapat kebocoran eletrik.

Sedap buah berduri

Georgetown: Lebih 100 jenis durian menjadi pilihan sempena Pesta Durian Pulau Pinang 2016 di Jalan Khidmat/Susur Jalan Mayang Pasir 3, Bayan Baru (bersebelahan Hypermarket Giant), Bayan Baru, di sini, semalam.